MENGENAI KEDAHMAIL

Mengenai KedahMail

KedahMail adalah perkhidmatan komunikasi dan kolaborasi bersepadu yang diuruskan secara berpusat di Bahagian Teknologi Maklumat Negeri Kedah. Perkhidmatan ini menggabungkan saluran-saluran komunikasi e-mel, persidangan video dan audio serta mesej. KedahMail dilaksanakan sebagai langkah penjimatan kos melalui komunikasi yang diintegrasikan secara kolaboratif yang mana semua sektor awam di Negeri Kedah boleh berhubung dan menjayakan sesuatu projek melalui sistem komunikasi yang ditawarkan oleh KedahMail.

Kelebihan KedahMail

KedahMail dijamin selamat untuk digunakan yang mana ia dikawal sepenuhnya oleh kerajaan.

Penggunaan anti-spam dan antivirus dilaksanakan untuk menapis kandungan e-mel dan menangkis virus serta kod perosak.

Penjimatan kos pengurusan ICT dan penerapan inisiatif teknologi hijau.

Peningkatan kecekapan urusan komunikasi agensi sektor awam negeri kedah.

Jaminan Tahap Perkhidmatan KedahMail

Tahap kesediaan (availability) perkhidmatan KedahMail adalah 99.9 peratus untuk semua peralatan (perkakasan dan perisian) di dalam Pusat Data di BTMK dan Cyberjaya.

TOP