Mel elektronik atau e-mel adalah merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu dengan lain dalam bentuk mesej elektronik. Di samping itu medium e-mel juga sesuai digunakan bagi meningkatkan komunikasi dalaman antara pegawai kerajaan sendiri bagi memudahkan perkongsian maklumat atau dokumen dalam format elektronik seperti laporan, kertas kerja, minit mesyuarat, dokumen rujukan, slaid pembentangan dan sebagainya.
Setiap penjawat awam mempunyai e-mel rasmi yang digunakan untuk tujuan rasmi dan didaftarkan di bawah agensi Kerajaan Negeri Kedah (@kedah.gov.my).Sistem emel Kerajaan Negeri Kedah didaftardan diselenggara oleh Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pejabat SUK. Semua akaun rasmi yang diwujudkan oleh BTMK telahpun mendapat kelulusan Ketua Jabatan dengan mengisi borang secara atas talian di https://eservices.kedah.gov.my/eborang/login.php
TOP